
Apa itu Whatsapp ordering form?
Whatsapp ordering form atau sistem borang tempahan whatsapp membolehkan peniaga atas talian (online) membuat senarai katalog produk yang dijual melalui laman web dan dihubungkan terus ke whatsapp peniaga. Sistem ini memudahkan peniaga terutamanya peniaga kecil dan sederhana dan juga pelanggan untuk membuat tempahan tanpa perlu mengarang ayat ketika ingin membeli atau membuat transaksi.
Kelebihan Whatsapp ordering form
- Memudahkan peniaga yang menggunakan kaedah transaksi dengan pelanggan menggunakan Whatsapp untuk membuat senarai katalog barang.
- Peniaga tidak perlu mengeluarkan kos untuk membina laman e-dagang (e-commerce) sendiri.
- Penjual tidak perlu mengarang ayat panjang untuk “PM” peniaga bertanya mengenai produk.
- Ada sistem membantu peniaga mengumpul database pelanggan.
- Ada sistem pembayaran atas talian (online payment gateway) dan sistem pengesanan penghantaran (shipment delivery tracking).
- Ada plan yang menawarkan yuran perkhidmatan percuma untuk pilihan paling asas (basic plan).
Ada beberapa laman web atau aplikasi yang menawarkan perkhidmatan ini. Saya senaraikan 3 laman web buatan tempatan yang baru muncul pada tahun 2020 dan akan terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan pada tahun 2021 nanti.

Jenis plan | Basic | Plus |
Yuran (Tidak termasuk cas-cas lain jika ada) | Percuma | RM30 sebulan, RM350 setahun |
Bil. order form | Maksimum 3 | Maksimum 10 |
Bil. produk | 100 produk per form | 1000 produk per form |
Bil. whatsapp | 1 | 1+10 (penjual) |
Fungsi lain(payment gateway, analitik, database, tracking) | – | Ada |
Untuk maklumat lanjut mengenai plan dan cara mendaftar Orderla boleh lihat pautan di bawah.
Pautan ke : Orderla.my
Ini adalah contoh interface katalog kedai online menggunakan Orderla.
Klik link di bawah untuk lihat contoh kedai.

2.Yezza
Jenis plan | Personal | Business | Intelligence |
Yuran (Tidak termasuk cas-cas lain jika ada) | RM50 sebulan (kontrak bulanan) atau RM37 sebulan (kontrak tahunan) | RM147 sebulan (kontrak bulanan) atau RM160 sebulan (kontrak tahunan) | RM297 sebulan (kontrak bulanan) atau RM310 sebulan (kontrak tahunan) |
Bil. order form | Maksimum 1 | Maksimum 5 | Tiada had |
Bil. produk | Tiada had | Tiada had | Tiada had |
Bil. whatsapp | 1 hingga 4 nombor | 5 hingga 9 nombor | 10 nombor ke atas |
Fungsi lain(payment gateway, analitik, database, tracking) | Ada | Ada | Ada |
Untuk maklumat lanjut plan dan cara mendaftar, sila rujuk pautan di bawah.
Pautan ke : Yezza.io
Ini adalah contoh interface katalog kedai online menggunakan Yezza.



3. Orderbli
Setakat artikel ini ditulis, memandangkan Orderbli baru sahaja dilancarkan pada Disember 2020, hanya plan percuma untuk satu produk ditawarkan. Mungkin pada masa hadapan, ada plan-plan lain akan ditawarkan.
Berikut ialah contoh interface laman produk menggunakan Orderbli.

Yang mana paling terbaik?
Ketiga-tiga Orderla, Yezza, dan Orderbli ini masing-masing menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk digunakan pada perniagaan anda. Bagi yang baru bermula dan mampu melayan pelanggan sendiri, bolehlah mencuba dengan tawaran plan percuma dahulu. Untuk peniaga yang perlu melayan lebih ramai pelanggan dan menggunakan beberapa ejen, sudah pasti plan berbayar dengan fungs-fungsi tambahan adalah pilihan yang lebih baik. Ketiga-tiga laman web ini ada boleh dicuba secara percuma.
