6 Kebaikan Kad Kredit Berbanding Tunai

Tabiat suka berhutang, boros berbelanja dan muflis sering dikaitkan dengan penggunaan kad kredit. Sebenarnya, kad kredit mempunyai banyak manfaatnya jika digunakan dengan berhemah dan berdisiplin.

Pengalaman peribadi sendiri, saya pernah mempunyai 6 kad kredit daripada pelbagai bank di dalam dan luar negara serta sudah menggunakan kad kredit hampir 10 tahun sejak dari zaman universiti.

Saya akan kongsikan 6 kebaikan penggunaan kad kredit berbanding wang tunai.

1.Kuasa membeli yang lebih tinggi

Dengan kad kredit anda mampu membuat bayaran nilai wang yang besar iaitu kadar maksimum kredit anda walaupun anda sebenarnya tidak mempunyai nilai wang tunai yang banyak sama ada di tangan atau di bank. Ini sebenarnya adalah satu kelebihan bagi individu yang pandai mengambil manfaat dan berdisiplin untuk membayar semula wang yang dipinjam. Tetapi silap langkah, buruk padahnya.

2. Semua transaksi direkod

Semua perbelanjaan kita akan direkod dalam penyata atau boleh dilihat terus di atas talian melalui laman web atau aplikasi bank. Oleh itu, kita dapat menyelia dan menyemak semula rekod perbelanjaan untuk mengenalpasti tabiat perbelajaan dan untuk merancang kewangan.

3. Mudah dan selamat

Tidak perlu lagi membawa wang yang banyak. Hanya cukup dengan membawa satu kad dan boleh melakukan transaksi hampir di semua stesyen minyak, pasaraya, kedai serbaneka, restoran dan sebagainya. Kalau anda kehilangan wang tunai, mungkin sukar untuk dapatkannya kembali. Tetapi jika anda kehilangan kad kredit, boleh terus laporkan pada bank dan sebarang transaksi akan dikunci.

4. Transaksi asing dan tidak sah dapat dikesan

Transaksi anda dilindungi kerana ada sistem keselamatan seperti nombor pin, One Time Password (OTP) yang dihantar ke telefon pintar atau dijanakan menggunakan security device. Sebarang transaksi asing dapat dikesan dan dilaporkan terus kepada pihak bank. 

5. Rekod mata kredit (credit score)

Untuk meminjam wang dengan bank, anda memerlukan rekod mata kredit (credit score) yang baik iaitu anda mempunyai sejarah membuat pinjaman kewangan dan ada rekod pembayaran semula yang cantik. Melalui kad kredit, anda sudah mempunyai rekod mata kredit sebelum membuat pinjaman yang lebih besar seperti pembiayaan rumah, kenderaan atau pinjaman peribadi.

6. Mata ganjaran dan pulangan wang(cash back)

Kad kredit boleh dipilih mengikut kecenderungan perbelanjaan kita seperti membeli belah di pasaraya besar, melancong luar negara, mengisi minyak kenderaan, dan lain-lain lagi yang mana setiap perbelajaan memberikan mata ganjaran yang boleh ditukar dengan hadiah atau anda boleh mendapat beberapa peratus pulangan wang daripada nilai perbelanjaan.

Untuk memiliki kad kredit tidaklah susah kerana mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan tetap boleh memohon kad kredit. Yang paling penting bagaimana anda menggunakan kad kredit. Ia boleh diibaratkan seperti pisau atau senjata. Jika betul penggunaannya, banyak manfaat dan sangat berguna kepada pemiliknya, tetapi malangnya jika disalah guna boleh membunuh.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link
Powered by Social Snap