Cara Jual Gambar di Shutterstock (Guna smartphone pun boleh)

Apa itu Shutterstock?

Bagi yang pertama kali dengar, Shutterstock merupakan salah satu agensi yang menjual gambar, imej vektor, video dan lain-lain lagi. Terdapat juga agensi lain seperti Adobe Stock, Dreamstime, Eyeem dan sebagainya tetapi Shutterstock merupakan antara salah satu agensi yang paling terkenal dalam kalangan penjual gambar stok.

Perlu jadi profesional untuk jual gambar di Shutterstock?

Tidak perlu. Selagi gambar yang anda masukkan memenuhi kriteria dan diluluskan oleh pemeriksa Shutterstock, anda layak. Cuma persoalannya gambar anda itu boleh terjual atau tak?

Perlu peralatan kamera mahal?

Tidak perlu. Kalau anda ada peralatan kamera yang baik, ianya adalah satu bonus tetapi anda boleh bermula dengan telefon pintar yang mempunyai kamera yang baik sahaja. Malah gambar anda boleh terus dimuatnaik, diperiksa dan sedia untuk dijual melalui aplikasi telefon pintar sahaja.

Berapa saya akan dibayar?

Anda akan dibayar dalam bentuk komisyen untuk setiap gambar yang dijual. Mulai tahun 2020, dikatakan sistem pembayaran komisyen terbaru yang mengikut tahap (level) menyebabkan komisyen keseluruhan menurun. Kebiasaannya untuk tahap 1 (level 1) anda akan menerima komisyen sebanyak USD0.10 per gambar. Komisyen per gambar akan semakin meningkat dari tahap 1 sehingga tahap 6.

Cara untuk mendaftar dan mula menjual di Shutterstock.

1) Buka website Shutterstock Contributor atau terus ke pautan di bawah ini. Shutterstock Contributor Website

2) Pilih ‘Get started’.

3) Isi nama penuh, nama yang anda ingin paparkan, emel dan kata kunci dan pilih ‘Next’.

4) Anda akan menerima emel pengesahan dan sahkan pada emel tersebut. Anda akan dibawa ke laman Shutterstock Contributor.

5) Masukkan maklumat alamat dan nombor telefon. Pilih ‘Next’.

6) Anda sudah sedia untuk muatnaik gambar. Gambar yang dimuatnaik mestilah tidak melebihi saiz 4mb untuk setiap gambar.

7) Anda boleh menetapkan kaedah pembayaran menggunakan Paypal, Payoneer atau Skrill. Minimum pengeluaran apabila jumlah komisyen mencapai USD35.

Untuk memudahkan kerja muatnaik dan semak hasil komisyen anda, boleh muatturun aplikasi Shutterstock Contributor di Playstore atau Apple Appstore.

Tips asas untuk gambar diterima.

Secara asasnya gambar yang dimuatnaik mestilah jelas, terang, tidak terlebih atau kurang terang, ‘sharp’ dan kurang ‘noise’. Jika gambar tidak diterima, pemeriksa shutterstock akan memberi alasan mengapa gambar anda gagal. Jadi, cuba belajar dan perbaiki daripada situ. Untuk tips lanjut dari segi ‘keyword’, gambar-gambar yang laku, dan sebagainya mungkin saya akan kongsi di lain masa. Anda boleh lihat contoh portfolio gambar-gambar yang telah diterima dan ada yang sudah terjual di pautan di bawah. Contoh portfolio gambar di Shutterstock.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link
Powered by Social Snap