Berita baik bagi anda yang telah memohon GKP 2.0 tetapi berstatus TIDAK LULUS. Anda boleh membuat rayuan yang akan dibuka pada 7 Disember hingga 21 Disember 2020.

Permohonan rayuan hanya boleh dibuat melalui dalam talian menerusi di portal GKP sahaja dan tidak boleh dibuat di kaunter-kaunter LHDN secara manual.

Sila rujuk jadual di bawah untuk dokumen tambahan yang diperlukan untuk membuat rayuan. 

KOD ALASANALASAN TIDAK LULUSDOKUMEN
01Tidak beroperasi tahun 2020Penyata kewangan perniagaan bagi tahun 2019 atau Penyata Bank Perniagaan / Pribadi pemohon yang terkini
02/03Jualan adalah 0 atau melebihi RM300,000Penyata kewangan perniagaan bagi tahun 2019 atau Penyata Bank Perniagaan / Pribadi pemohon yang terkini
04Tidak wujud di agensiSijil Pendaftaran Perniagaan yang terkini
05/06Pekerja melebih 4 orangBorang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang A KWSP atau; Dokumen pengesahan yang berkaitan
07Entiti perniagaan lebih 1Sijil Pendaftaran Perniagaan yang terkini

Anda hanya dibenarkan menghantar 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen dalam format JPEG, JPG, PDF atau PNG sahaja.

Jika rayuan anda lulus, tarikh pembayaran akan dimaklumkan kemudian. 

Untuk maklumat lanjut mengenai rayuan ini sila rujuk link di bawah. https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)RayuanGKP%202.0.pdf

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link
Powered by Social Snap