[Review] Xiaomi Mijia DC Frequency Conversion Smart Tower Fan

Kali ni saya nak review kipas menara tanpa sirip (bladeless tower fan) jenama Xiaomi Mijia yang dibeli pada bulan November 2002 lepas. Harganya dianggarkan antara RM250~300 di Shopee atau Lazada. Saya beli dengan harga RM197.08 lepas ditolak baucer dan ada promosi. Kipas ni dikira model baru juga sebab mula dijual pada tahun 2020. Kalau nak tengok di Lazada boleh klik link di bawah tapi baca bagi habis dulu.

Link Lazada: Xiaomi Mijia Tower Fan

Saya beli kipas ni sebab nak guna satu kipas yang boleh dipindahkan dan sebolehnya nak yang jenis tower fan sebab kipas meja atau kipas berdiri yang biasa tu budak-budak boleh jolok jari. Disebabkan anak saya masih kecil dan suka bereksperimen, jadi pilihan bladeless fan atau tower fan ni adalah lebih selamat. 

Kenapa saya pilih Xiami Mijia ni, dan bukan brand lain sebab boleh dikatakan model ni antara yang paling berpatutan dengan harga dan spesifikasinya.

Puas hati tak?

Setakat dah guna sebulan lebih ni, sangat berpuas hati. Saya bagi 4 daripada 5 bintang.

Apa yang best pasal kipas ni?

1) Jimat ruang. Walaupun tak la terlalu kompak tapi disebabkan bentuk yang slim, boleh dikatakan menjimatkan ruang dan tak menonjol sangat. Tak perasan sangat kipas tu ada kat tepi tu.

2) Bunyi senyap. Bunyinya boleh dikatakan senyap kalau dibandingkan kipas berdiri yang biasa tu. Kadang-kadang tak perasan kipas tengah terbuka kalau duduk jauh sikit. Nanti kat bawah ni boleh tengok video kalau nak dengar bunyinya.

3) Selamat untuk kanak-kanak. Ni antara sebab utama saya beli. Kipas ni ada fungsi child lock (tapi kena guna aplikasi telefon pintar, tak jumpa pulak cara nak buat guna butang yang ada pada kipas). Jadi tak boleh la anak saya nak main tekan-tekan suisnya bila diaktifkan mod child lock. Malah, kipas tidak bersirip dan ruang angin keluar yang sempit menyebabkan anak saya tak dapat nak jolok jarinya masuk.

4) Boleh disambung ke wifi dan dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar. Boleh la kawal guna aplikasi macam alat kawalan jauh malah kalau anda dah keluar rumah pun boleh kawal lagi kipas selagi disambungkan ke wifi dan telefon anda ada sambungan internet. Pastikan nak guna aplikasi tu mesti ditukar kepada Chinese Mainland macam pada gambar di bawah. Rasanya sebab kipas ni belum ada versi English Global.

Yang biasa-biasa saja pasal kipas ni bagi saya.

1) Anginnya biasa-biasa saja. Sepoi-sepoi bahasa. Ada 4 kelajuan. Biasanya saya guna kelajuan 3 atau 4. Kipas berdiri biasa tu lagi kuat dan tajam anginnya. Tapi angin sepoi-sepoi bahasa ni dah cukup bagi saya. Rasa selesa dengan bunyi yang perlahan.

2) Harganya tidak la terlalu murah tetapi tidak la terlalu ‘Tel Aviv’ macam satu jenama tu. Tapi bagi saya berpatutan dengan harga dan fungsinya yang agak canggih dan memenuhi keperluan saya.

Yang kurang best bagi saya.

1) Plag kuasanya untuk kawasan China bukan bentuk plag Malaysia. Bukan masalah besar sebab ada penjual yang bagi percuma atau boleh beli saja sendiri di MrDiy atau kedai hardware.

2) Sepatutnya boleh guna kawalan suara pada aplikasi tapi boleh guna bahasa Cina sahaja buat masa sekarang. Tiada masalah bagi yang bopleh berbahasa Cina. Mungkin di masa akan datang akan dikeluarkan bahasa Inggeris.

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan kipas ni dan berbaloi sangat beli. Kalau korang nak beli boleh cuba tengok link kat bawah ni. Ni antara harga yang termurah saya jumpa.

Link Lazada: Xiaomi Mijia Tower Fan

Boleh tengok video dan gambar di bawah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link
Powered by Social Snap