[Review]PerySmith Cordless Vacuum Cleaner X Bossman Kaden PRO K3

PerySmith Cordless Vacuum Cleaner X Bossman Kaden PRO K3 | Shopee Malaysia
Sumber gambar

Masa Lazada Black Friday lepas aku beli penyedut hampagas (Cordless Vacuum) jenama PerySmith Cordless Vacuum Cleaner X Bossman Kaden PRO K3. Model ni asalnya daripada syarikat jepun Bossman Kaden tapi di Malaysia, boleh dibeli melalui kedai rasmi Perysmith atau di kedai rasmi Bossman Kaden. Korang boleh klik di pautan di bawah untuk tengok maklumat penuh di Lazada.

PerySmith Cordless Vacuum Cleaner X Bossman Kaden PRO K3

Aku dah guna penyedut ni selama seminggu dan sangat-sangat berpuas hati dengan kemampuannya. Lebih daripada berbaloi dengan harga yang aku bayar. Harga biasa di Lazada atau Shopee ialah RM339 tapi lepas dapat diskaun dan tolak baucer Lazada aku dapat dengan harga RM272. Model yang aku beli ni ialah PRO K3. Ada juga model PRO K2 harga lebih murah yangt beza hanyalah pada aksesori sahaja. Dari segi kemampuan motor dan bateri, adalah sama.

Apa yang aku suka pasal penyedut ni.

  1. Harga berpatutan dan sangat berbaloi RM339. Tunggu waktu diskaun boleh dapat dalam RM290-300 lebih.
  2. Kuasa sedutan (Suction power) 19kPa. Puas hati. Semua benda aku nak sedut dapat sedut. Habuk tilam, bantal, kereta, lantai simen, karpet. Kuasa sedutan ada 2 tahap. Biasa dan lebih kuat. Aku guna yang biasa sahaja selalunya. Yang kuat tu kadang-kadang.
  3. Masa operasi 25-45 minit lepas cas penuh bergantung tahap kekuatan sedutan. Aku guna sedut di pejabat, sedut satu kereta(bonet dan dalam), lepas tu balik sedut di rumah pulak dengan sekali cas.
  4. Berat 1.3kg. Agak ringan boleh sedut dalam keadaan tangan tergantung agak lama. Lama-lama lenguh juga la. Tapi banding dengan jenama mahal lain, berat lebih 2kg dekat 3kg. Kalau berat dan besar mungkin susah nak sedut dalam kereta. Yang ni waktu tunggu lampu isyarat pun boleh sedut sekejap.
  5. Bunyi 72dBa.. Bunyi tidak kuat banding dengan penyedut berwayar jenama lain yang aku ada.
  6. Senang dibuka dan dicuci. Jenis operasi satu klik.
  7. Tempoh jaminan (warranty) selama 2 tahun.
  8. Rekabentuk minimalis. Tak perlu rekabentuk atau fungsi berlebihan macam indikasi LCD dan sebagainya.

Yang aku tak suka? Macam tak ada ja buat masa sekarang. Kalau korang berminat boleh tengok di sini.

Gambar aku kongsi untuk tatapan korang.

Kotak
Manual
Penyedut siap dipasang dengan penggantung pada dinding
Spesifikasi pada kotak

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link
Powered by Social Snap