Unit Trust Untung Besar Tahun 2020?

Saya agak skeptikal pada mulanya untuk melabur dalam unit amanah (unit trust). Tetapi, selepas meneliti kadar pulangan tahunan beberapa dana unit amanah ini, saya terbuka hati untuk mula melabur menggunakan duit dalam KWSP pada tahun 2018. Saya mendaftar melalui ejen dan mula melabur secara berkala menggunakan duit KWSP dalam 3 dana di Public Mutual. Anda tidak semestinya perlu melabur di Public Mutual sahaja, ada banyak lagi syarikat yang menawarkan dana unit amanah ini. Nanti saya kongsi di bawah dana yang saya masuk dan berapa peningkatan harga untuk tahun ni.

Caj perkhidmatan

Caj perkhidmatan yang dikenakan melalui KWSP menggunakan ejen ialah sebanyak 3% daripada nilai pelaburan. Saya baru mendapat tahu yang kita boleh melabur terus melalui akaun KWSP i-invest tanpa melalui ejen dan tiada caj perkhidmatan dikenakan ketika artikel ini ditulis. Untuk bagi yang kosong dengan ilmu pelaburan, saya cadangkan anda boleh mula dengan melalui ejen yang jujur. Jika sudah biasa dengan pelaburan dan risiko, boleh mula melabur terus menggunakan i-invest di KWSP.

Boleh untung ke?

Ejen untung dulu, pelabur belum pasti. Ya, boleh untung. Juga boleh rugi. Kalau tengok pulangan tahunan dana-dana di unit amanah, ada tahun yang untung besar, ada tahun yang rugi besar tapi secara puratanya boleh dikatakan antara 8% hingga 12% untung setahun. Biasanya ejen tak berani janji lebih, nanti tak capai, kena hentam pula dengan pelanggan. Untuk kes saya, saya mula melabur sedikit demi sedikit dalam 3 dana mulai tahun 2018 sehingga tahun 2020. Pada tahun 2020, apabila nilai dana sudah capai kemuncak saya berhenti melabur dahulu. Saya akan masuk semula apabila nilai dana menurun. Ini penting, bagi yang melabur melalui ejen pastikan anda tanya dan ambil tahu harga semasa dana. Sebolehnya, jangan ikut membuta tuli sahaja. Ejen yang baik dan jujur, akan bagi nasihat pelaburan ikut keadaan semasa dengan mengambil kira keuntungan pelanggan bukan komisyen ejen semata-mata.

Nilai beberapa dana unit amanah tahun 2020

Berikut adalah keuntungan semasa potfolio dana unit amanah saya.Secara puratanya saya sudah menjana keuntungan sebanyak 33.27% hasil melabur sejak dari tahun 2018. Tapi ingat, semua ini belum realised iaitu hanya atas kertas. Ianya akan nyata apabila saya jual semua unit tersebut. Ada kemungkinan tahun depan boleh bertukar menjadi kerugian. Disebabkan tujuan dana ini ialah untuk jangka panjang menggunakan wang KWSP, saya biarkan saja sehingga boleh dikeluarkan nanti.

Untung semasa artikel ini ditulis

Di bawah ini ialah carta graf harga sepanjang tahun 2020. Kita boleh tengok semua dana ini jatuh menjunam pada bulan Mac dan meningkat dengan banyak kemudiannya. Untunglah siapa yang sempat membeli pada bulan Mac lepas.

Macam mana nak untung melabur unit amanah?

Saya tiada jawapan yang tepat untuk untung tapi disebabkan unit amanah ini ialah untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang. Selagi anda mula melabur sekarang dan simpan untuk jangka panjang, sepatutnya akan untung juga dengan pertambahan nilai semasa dan juga dividen tahunan. Cuma banyak atau sikit. Secara asasnya untuk memaksimumkan untung mana-mana pelaburan, mesti beli ketika harga rendah, jual ketika harga mahal. Untuk pelaburan unit amanah, cubalah belajar bagaimana memaksimukan keuntungan tanpa mengharapkan ejen semata-mata. Anda dapat jimat kos caj perkhidmatan. Anda boleh cuba dapatkan ilmu tambahan dengan belajar untuk mencari dan yang terbaik dan melabur pada masa sesuai melalui ebook Rahsia Unit Trust yang ditulis oleh saudara Khairul Arifin Selamat.

Saya kongsi link ebook beliau di sini. Link Ebook Rahsia Unit Trust.

Menerusi ebook ini, beliau berkongsi:

  • Perbezaan & persamaan diantara pelaburan unit amanah dan pasaran saham.
  • Bagaimana untuk menterjemah carta indeks pasaran saham bagi mengetahui arah sebenar pergerakkan pasaran saham sama ada turun (downtrend) atau naik (uptrend) . Perkara ini sangat penting untuk menentukan masa yang sesuai untuk anda melabur di dalam unit amanah.
  • Anda akan didedahkan dengan kaedah ringkas memilih dana saham terbaik yang sedang mengalami peningkatan yang memberangsangkan berbanding dana-dana yang lain .
  • Apakah kriteria-kriteria yang perlu dilihat dan dinilai sewaktu memilih dana pelaburan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share via
Copy link
Powered by Social Snap